Wednesday, 13 January 2016

Cara Urutan Muka

URUT MUKA

Mengurut di sekitar muka bertujuan memberi kerehatan pada saraf saraf anggota dan otot otot di sekitar muka.Amalan mengurut muka boleh tenangkan minda dan fikiran serta mudahkan hilang stress juga membantu dapatkan tidur yang berkualiti (deep Sleep).

Sasaran urutan muka selalu nya tertumpu pada dahi,lubang cengkuman mata,tulang pipi,bawah kening,alur alis kening serta sendi sendi tulang rahang dan kawasan telinga dan dagu serta atas dan bawah mulut termasuk hidung.

KAEDAH DAN CARA URUT MUKA

Urutan di muka di kira sudut urutan yang komplek,rumit dan berseni kerana terbahagi pada beberapa peringkat dan tertumpu pada tekanan dan kawasan tertentu sahaja.Huraian akan di buat berdasarkan apa yang di perolehi dari pengalaman para terapis dan juru urut ke atas pelanggan.

Menggunakan ibu jari kanan dan kiri,basahkan sedikit kawasan yang nak di urut dengan minyak UrutBekam.Bermula di dari tengah dahi di urut tolak ketepi kanan dan kiri hingga ke hujung dahi. Urutlah dengan sambungan 4 jari anda keseluruh dahi dan turun ke telinga dan terus berlegar di telinga .Secara “rolling” urut seluruh telinga kaedah reflexi telinga

Kemudian urut ke dagu.Dari dagu naik ke atas kawasan bawah bibir dan terus keatas ke pelipis mulut bawah hidung.Dengan 4 jari di minyak kan terus ke tulang pipi dan otot kawasan tersebut.Dari alur bermula di kawasan tepi hidung kiri dan kanan turun cara melengkung sampai terasa tulang rahang di urut ke sendi rahang hingga ke telinga.

Seterus nya urut sekitar lubang cengkuman mata dan perhatikan langkah tertib dalan rajah yang tertera.Guna dua jari tengah kiri kanan usap tengah hidung antara dua mata
Urut tepi batang hidung dan ikuti titik yang tertera hingga hujung bingkai cengkungan mata dan perlu tusuk kedua dua belah kening dalam bentuk pusingan ini.

Terdapat tambahan cara urut muka ini cara cara lain yang lebih halus berseni dengan menggosok kedua tapak tangan sehingga panas dan kemudian tekapkan tekan pelahan kedua tapak tangan tadi di muka pelanggan.Berhenti seketika di situ dan angkat tangan selepas 10 kali selawat.Tekapkan juga di telinga pelanggan dengan kaedah serupa.Ulangi 3 kali setiap sessi

POSISI SEMASA SESSI URUT MUKA

Pertama pelanggan boleh di urut muka nya semasa duduk bersila dan juru urut duduk@berdiri dekat belakang

Kedua Pelanggan baring terlentang juru urut duduk di sisi dan juga boleh di hujung kepala

Kaedah lain boleh di buat dalam keadaan kita terus mencuci muka pelanggan setelah di urut guna minyak.Cuci muka boleh di usap cuci dengan bahan cuci yang lembut dan praktikal yang banyak ada di pasaran terbaik nya guna bahan2 asli yang tidak mudarat pada kulit dan tidak najis.

Urut dan cuci muka mesti di selia urus dengan baik dan kalau tidak kena cara nya rawatan urut muka yang di beri akan membuat muka Nampak dan menjadi letih dan lesu tak Nampak segar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...