Tuesday, 12 January 2016

Cara Urut terbaik untuk Pesakit Kencing Manis


Penyakit Kencing Manis/Diabetes mampu jadi pembunuh dalam keadaan tidak sedar.Penderita penyakit kencing Manis memang payah di sembuhkan jika kritikal dan pesakit perlu mengawal tabiat dan permakanan dengan seliaan yang jadual ketat.

Tanda awal pengidap kencing Manis biasa nya terasa haus,selalu lupa,aktiviti dan nafsu seks turun mendadak malah ada yang hilang terus.Mata jadi kabur dan lidah jadi putih serta air liur pekat.
Temui lah Pakar untuk khidmat nasihat kesihatan dan pelajari cara mencegah dan langkah awal. Kurangkan gula dan bahan bahan manis malah jumpa Terapis Urut bagi membantu benteras gejala penyakit kencing manis ini:-

CARA URUT

• Pertama : Bermula dengan Bismillah 5.......... Mulakan urut di tengah dada (antara dua buah dada) .Urutan lembut dan perlahan selama 10minit,kemudian terus kebawah buah dada kiri dan kanan.Punca utama terjadi kencing manis kerana satu keadaan badan mempunyai banyak lemak dan tujuan utama urutan di kawasan ini untuk pecah dan kurangkan lemak terkumpul di sini. Sapukan

Minyak URUT BEKAM seluruh kawasan ini bagi mudahkan pergerakan ibu jari dan jari jari lain mengurut ke kiri dan kanan.Teruskan Urutan hingga kebawah pusat dan ari ari.Setiap kawasan Urutan dan tiap pergerakan urut mesti kemas selama 10-15minit dan berhenti 5minit sebelum di ulangi sebanyak 3/5 kali.

• Kedua : Urut di bahagian belakang tubuh pesakit.Tumpuan bermula di pangkal leher dan tekan dengan ibu jari tetapi jangan terlalu kuat.Perlahan perlahan ulangi 10-15 menghala ke tulang selangka dan terus tekanan berbeza beza setiap kali urutan di laku.Dari lembut kepada yang lebih keras dan kembali lembut berulang ulang.

Dengan di bantu minyak URUT BEKAM bagi melicinkan gerakan tangan anda,urut seluruh kawasan tulang belakang anda sehingga ke tulang punggung(tungking). Lakukan berkali kali agar perjalan darah kawasan tersebut lancar dan terkesan.

• Ketiga : Seterus Urutan adalah sebelah dalam belakang tulang kering di perut betis termasuk kepala tempurung lutut.Dengan minyak URUT BEKAM dan gunakan ibu jari menolak urat urat di betis kearah buku lali.Urut urat urat yang kebanyakan tegang dan mengeras di bahagian ini agar lembut dan mengendur.

Teruskan urut kearah ibu jari kaki dan urut terus kuku dan celah celah jari jari kaki.Urutan ini memang sakit kerana urat dah tegang dan terapis urut pastikan pesakit tidak terlalu sakit dan jangan biarkan mereka mengeluh sakit.Mesti peka dan prihatin agar tidak menyiksakan pesakit. Berhati hati jangan hingga ada luka atau calar pada kulit pesakit.Urut lah hingga bahagian ini jadi lembut dan tidak tegang .

Akhir sekali tumpuan urutan pada tapak kaki dan cara nya bermula di tengah kaki kiri. Pelajari lah seni urutan Reflexology kaki agar kemahiran anda lengkap untuk urutan ini.Tekan tengah tapak kaki kuat.

Cara urut di kaki dilakukan agak lama sedikit agar membantu urat saraf tubuh di aktifkan semula. Sekali gus memberi kelegaan dan ketenangan pada pesakit kencing manis. InsyaAllah ini sangat baik untuk semua


***Minyak Urut bekam boleh di beli di fb Tok-ayahSabri Al-Hajjam


1 comment:

  1. Tumpang tanya, Kalau pesakit kencing manis Saraf boleh ke diurut ditapak kaki? Sbb pernah dengar pesakit yg tinggi kencing manis tak boleh diurut dh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...